Wednesday, April 28, 2010

Tulus

Semenjak bertentang mata denganmu,

Itulah kali terakhir duniaku kelam,

Bersama dengan dirimu sayang,

Jiwaku tenteram...


Kemarau dalam jiwaku telah hilang,

Dengan hadirnya dirimu sayang,

Dikau bak cahya terang,

Menyinari hidupku...


Sambutlah tanganku sayang,

Mari kita terbang melayang,

Menempuh susah dan senang,


Ku kan tetap bersama mu dalam apa jua situasi,

Ku pasti mencintai dirimu setiap hari,

Itulah janjiku padamu..pasti...

Friday, October 16, 2009

Mulut

Mulutmu harimaumu,

Yang merengkah kepalamu,

Peliharakan mulutmu,

Terlajak perahu boleh diundur,

Terlajak kata badan binasa.

Susah senang

Di kala susah

Terkial-kial mencariMu

Merangkak2 meminta belas kasihMu

Menagih simpati dan pertolongan dariMu


Di kala senang

Alpa dan mula melupaknMu

Berjalan mendabik dada

Kepala mndongak ke langit


Lupa

Begitu mudah kita aku manusia lupa,

Lupa pada asalan,

Lupakan daratan yang selama ini dipijak,

Kufur di atas segala nikmatMu,


Ampunkan kami aku YA ALLAH

Janganlah Engkau pesongkon hati kami aku ini,

Sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami aku,

Kurniakanlah kepada kami aku Iman y teguh dan tetap.

Isi & Kulit

Isi dan kulit...

Tiada dapat dipisahkan,

Saling berpaut,

Tp kadang punya kontra..

Cantik kulit..

Belum tentu cantik isinya,

Buruk kulit..

Belum tentu buruk isinya,

Tiada guna kulit y cantik..

Tp buruk pula isinya,

Nyata biarla buruk kulitnya

Tp cantik isinya,

Alangkah indahnya jika..

Cantik keduanya,

Untung badan barang siapa y memilikinya.

Tuesday, September 29, 2009

semalam dan hari ini..

semalam..

tiada kelibat mentari,
langit gelap menutupi bumi,
angin tiup kencang,
ombak menggulung tinggi..

titis-titis mula terasa,
lansung turun dgn lebatnya,
membasahi bumi,
menyapu bersih pendirian y teguh bdiri..

kacau bilau
kusut masai
gundah gulana,

hari ini...

mentari muncul dgn bangganya,
langit cerah mewarnai bumi,
angin meniup mesra,
ombak beralun tenang..

burung terbang bersiul gumbira,
bunga kembang dgn mekarnya,
pelangi hadir menampakkan tujuh warnanya,
pendirian baru pula dipacak megah,

senang hati,
suka gumbira,





mungkin semalam hari y teruk tp bersabarla kerna pasti ada hari y kita mncapai bahagia..
kerna Allah SWT maha mengetahui apa y terbaik utk setiap hambaNYA..




Thursday, September 10, 2009

cermin

ade hati nk di hormati org lain..
sedangkn diri sendiri tidak dihormati..

ade hati nk kritik org..
sedangkan diri sendiri tidak dikiritik..

ade hati nk di sayangi org lain..
sedangkan diri sendiri tidak di sayangi..

ade hati mencintai org lain..
sedangkan diri sendiri tidak di cintai..

pandanglah ke cermin..
lihatlah pantulannya..
cermin diri..muhasabah diri..
supaya sedar diri..

jangan sekali bermimpi mahu mengubah dunia..
jika tidak mampu mengubah diri sendiri..

Wednesday, September 2, 2009

mawar..

Mawar merah..
masih ku ingat kala ku petik mu dulu..
harum baumu..cantik sekali rupamu..
tidak pernah ku lupa saat itu..

Ku petikmu walau berduri..
sanggup ku genggam duri..
walau menitis darahku..
kerna kau mawar ku..

Masa berganti masa..
sadarkah kamu..
kau tidak pernah layu...
malah kau masih mekar di hatiku..

ku masih mahu merasa duri itu..
biarpun ia melukakan hatiku...
ku masih mahu menghirup harum itu..
walaupun ia beracun bagiku..
ku masih mahu menatap cantik mekarmu..
walau membutakan mataku..

kerna kau yang satu..
mawarku..