Wednesday, August 19, 2009

layang-layang

seperti biasa sudah manjadi rutin harian ku bersama sahabat handai merehatkan diri di Anuja bistro...melepak sambil membicarakan isu-isu semasa...tiada kira bola, politik, agama, gosip, gadis, cinta...senang sekali apa sahaja yang mahu dibicarakan...semalam isu cinta disentuh oleh teman2ku..layankan sahaja..cuma terdetik aku seketika setelah seorang sahabatku mengaitkn cinta dengan layang-layang..aku hampir tidak pasti apa kaitannya..setelah di ceritakan..aku menganggung tanda setuju..ada logiknya di situ....

jika kita sayang akan seseorang..
biarlah dia bebas..
terbang melayang bagai layang-layang..
tapi harus di ingati..
talinya harus kita kemudi..
agar ia tidak layang tanpa arah..
lalu jatuh mencium bumi...
biarlah..
biarlah dia bebas melayang..
tapi dalam kawalan...
akan tetapi jika talinya putus..
nescaya ia pasti tidak kembali..
kerna sudah tuhan takdirkan...
dia pasti bukan untuk kita..
lepaskan lah ia..
relakan sahaja..
layang-layang itu terbang melayang..

No comments:

Post a Comment